Cara dan Tips

12 Pantun Melayu Penuh Inspirasi untuk Dibagikan Kepada Teman Sahabat Hingga Keluarga

Kumpulan Pantun Melayu yang dapat anda bagikan pada teman, sahabat, saudara hingga keluarga lengkap.

Penulis: M Fadli Dian Nugraha | Editor: Novaldi Hibaturrahman
Tribun
Kumpulan Pantun Melayu yang dapat anda bagikan pada teman, sahabat, saudara hingga keluarga lengkap. 

TRIBUNSUMSEL.COM-Berikut ini merupakan kumpulan Pantun Melayu yang penuh inspirasi bagi semua orang.

Kumpulan pantun melayu dapat anda bagikan pada teman, sahabat saudara hingga keluarga.

Hal ini untuk melestarikan pantun melayu yang sudah langka.

Inilah Kumpulan Pantun Melayu yang dapat anda bagikan pada teman, sahabat, saudara hingga keluarga, dilansir scribd.com.

Baca juga: Arti Kata POV dalam Bahasa Gaul, Istilah Sering Digunakan di Media Sosial

1. Bunga melur dalam jambangan,
Di tepi kolam menjadi hiasan.
Kucipta pantun buat renungan,
Semarak Nilam empunya wawasan.

2. Mekar sejambak bunga gubahan,
Jatuh sekuntum di atas peti,
Membaca itu suruhan Tuhan,
Al-alaq diturun menjadi bukti.

3. Cerana kesumba indah melati,
Cantik tersemat dambaan puteri,
Ilmu ditimba sepenuh hati,
Kekuatan umat minda bestari.

4. Harum sungguh bunga kemboja,
Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat.

5. Mekar angsana pandang tak jemu,
Bunganya luruh ke dalam raga,
Buku laksana lautan ilmu,
Dasarnya penuh mutiara berharga.

6. Daun nipah kajangnya rapat,
Hidangan tetamu di Kuala Maran,
Buku menyimpan berjuta maklumat,
Fakta, ilmu, cereka hiburan.

Baca juga: 20 Pantun Nasehat Terbaru 2023 untuk Dibagikan Kepada Teman Sahabat Hingga Keluarga

7. Anak muda pulang ke desa,
Ibu dan ayah lama menanti,
Warga membaca tak buang masa,
Khutub khanah teman sejati.

8. Pohon pedada di dalam taman,
Jadi idaman si anak rusa,
Marilah anakanda marilah teman,
Kita membaca sepanjang masa.

9. Meniti senja biasan mentari,
Merkah setitis menjelang kabut,
Bacalah baca setiap hari,
Tak akan habis ilmu dituntut.

10. Cantik sungguh si bunga kejora,
Buat hiasan di hari raya,
Marilah sahut seruan negara,
Bangsa membaca bangsa berjaya.

11. Terbang tempua ke semak berduri,
Singgah sekali di pohon rumbia;
Bahasa kita lambang jati diri,
Tidak rugi berbahasa Malaysia.

12. Berbanjar cemara di tanah rata,
Tempat teduhan sekumpulan murai;
Segar dan mesra bahasa kita,
Anugerah warisan usah terburai.

Baca juga: 15 Pantun Pinjam Uang yang Lucu dan Menarik untuk Kode Ngutang dengan Sahabat

Itulah daftar 12 pantun Melayu yang penuh inspirasi untuk dibagikan kepada teman sahabat hingga keluarga.

Baca artikel dan berita lainnya langsung dari google news

Rekomendasi untuk Anda
Ikuti kami di
AA

Berita Terkini

© 2025 TRIBUNnews.com Network,a subsidiary of KG Media.
All Right Reserved