Wajah Pria Ini Jadi Hitam Usai 'Bertobat',Rupanya Ada Sesuatu yang Dirahasiakannya,Ternyata Dia!
Manusia yang menyedari kekhilafan dan dosa yang telah dilakukan hendaklah segera bertaubat kepada Allah.
“Wahai saudaraku, perbanyakkanlah mengucapkan kalimah laa ilaaha illallaah!”. Kemudian aku berkata lagi untuk yang kali yang ketiga.
Dia membuka kedua matanya, dan berkata: “Wahai saudaraku, Manshour! Sungguh kalimah ini telah tertutup antara diriku dengannya”.
Aku pun berkata: “Laa haula walaa quwwata ilia billahil ‘aliyyil ‘azhiim (Tiada daya dan kekuatan selain milik Allah yang Maha Tinggi lagi Mulia).
Wahai saudaraku, di manakah solat, puasa, dan tahajjud yang sering kamu lakukan itu?”.
Dia menjawab: “Aku melakukan semua itu bukan atas niat kerana Allah. Taubatku adalah bohong semata. Aku melakukan semua itu supaya aku dikenali orang ramai sebagai ahli ibadah. Sungguh aku terlalu riya’ (beribadah cuma ingin dilihat oleh orang lain).
Ketika aku bersendirian, aku mengunci pintu bilik dan tidak peduli lagi dengan rasa malu, lalu aku meneguk minum-minuman keras. Aku melakukan maksiat kepada Tuhanku. Aku lakukan semua itu hingga akhirnya aku menderita sakit dan dekat dengan kematian.
Aku berkata kepada puteriku ini: ‘Ambilkanlah aku mushaf AI-Quran, Aku pun lantas berkata dalam hati: ‘Ya Allah, aku bersumpah demi kalimah agung-Mu yang terkandung dalam kitab suci AI-Quran ini, jika Engkau memberiku kesembuhan maka selamanya aku tidak akan kembali lagi kepada perbuatan dosa’. Allah pun menyembuhkan penyakitku.
Namun setelah sembuh dari penyakit, aku kembali melakukan perbuatan-perbuatan dosa yang selalu aku lakukan sebelumnya. Aku mengikut hawa nafsu dan menikmati kenikmatan yang haram.
Syaitan benar-benar telah membuatku lupa akan janjiku kepada Allah. Aku melakukan perkara sehingga akhirnya aku jatuh sakit lagi sekali dan aku merasa sudah dekat dengan kematian.
Aku pun meminta kepada ahli keluargaku untuk memindahkanku ke ruangan tengah rumahku. Aku meminta diambilkan mushaf Al-Quran, lalu aku membacanya.
Selanjutnya aku mengangkat mushaf tersebut dan berkata: ‘Ya Allah, demi kehormatan kalimah-kalimahMu yang tertulis dalam mushaf yang mulia ini, aku mengharapkan kesembuhan oleh-Mu’.
Allah pun mengabulkan permintaanku dengan menyembuhkan penyakitku. Namun, kemudian aku kembali lagi melakukan kemaksiatan sebagaimana sebelumnya. Aku pun kembali sakit lagi.
Aku menyuruh keluargaku untuk memindahkanku lagi ke ruangan tengah rumahku seperti yang engkau lihat sekarang ini, lalu aku minta diambilkan mushaf Al-Quran untuk aku baca.
Namun ternyata satu huruf pun dari Al Quran tersebut tidak dapat dilihat oleh mataku. Aku tersedar bahawa Allah Ta’ala telah marah kepadaku.